|
|
 |
 |
Saturday, April 01, 2006
SEWAKTU rombongan media dari Kuala Lumpur tiba ke lokasi penggambaran filem Tentang Bulan di sebuah perkampungan bernama Kampung Beseri Dalam di Perlis, pengarah Ahmad Idham sedang sibuk mengarahkan babak satu majlis perkahwinan.
Sambil menghadap monitor, sesekali kedengaran dia bersuara memberi arahan melalui walkie-talkie yang dipegang.
Relaks sekali Ahmad Idham mengarah walaupun dia berada di bawah terik mentari. Namun ketika wartawan menemuinya ketika krew penggambaran itu berhenti rehat, dia memberitahu filem ketiga arahannya itu amat menguji kesabarannya.Ketahanan mentalnya tercabar terutama apabila dia berhadapan dengan babak yang melibatkan lima watak utama yang dipegang oleh kanak-kanak berusia antara 11 tahun dan 12 tahun.
“Bukan mudah mengarah kanak-kanak. Mereka ada perangai masing-masing... kadang-kadang masa kita nak mulakan penggambaran, masa itulah mereka nak makan... masa itulah nak migrain dan macam-macam,” kata Ahmad Idham sambil ketawa.Namun kerana dia mempunyai pengalaman mengarah kanak-kanak dalam filem Tipah Tertipu (yang bakal ditayangkan Jun ini), jadi ia tidaklah terlalu sukar bagi pengarah muda itu.
“Oleh kerana mereka ini budak-budak, kita pun tak bolehlah terlalu berkeras dengan mereka atau menjadi terlalu garang.Jadi, saya gunakan psikologi untuk melayan setiap kerenah mereka. Walaupun tak garang, ada masanya kita perlu tegas dengan mereka.Dan sepanjang penggambaran ini, saya berpuas hati dengan lakonan mereka kerana masing-masing mampu memberikan apa yang saya ingini,” jelasnya yang telah pun memulakan penggambaran filem itu di Perlis sejak awal Mac lalu.
Menurut Ahmad Idham, Perlis menjadi lokasi pilihan untuk filem berbajet RM1.5 juta itu memandangkan negeri kecil di utara Semenanjung itu masih kekal keaslian pemandangan desanya dan bersesuaian dengan ceritanya yang berlatarkan tahun 1980-an.
“Selain pemandangannya yang indah, terdapat banyak rumah lama di kawasan itu serta tempat-tempat pelancongan menarik.Gua-guanya serta air terjun merupakan antara keindahan pelancongan negeri Perlis yang kita serapkan dalam filem ini.Ia bersesuaian dengan cerita Tentang Bulan yang mengisahkan tentang kehidupan kanak-kanak di kampung,” jelasnya yang turut menerima kunjungan tetamu istimewa dari Istana Perlis iaitu anakanda Yang di-Pertuan Agong yang mesra dipanggil Tengku Puteri bersama suami dan anaknya.
Sokongan
“Sudah dua kali Tengku Puteri dan suaminya datang melawat lokasi,” kata Ahmad Idham yang mengakui terharu dengan sokongan yang diberikan itu.
Sementara itu, penerbit MMP, David Teo mengakui dia menyenangi sikap Ahmad Idham sebagai pengarah kerana kerjanya yang teliti.“Dia juga mempunyai pengalaman sebagai penerbit, jadi ia menyenangkan komunikasi antara kami kerana dia memahami susah senang seorang produser,” jelas David.
David optimis dengan sambutan orang ramai terhadap filem ke-20 terbitan MMP itu yang dijangka tayangannya pada musim cuti persekolahan akhir tahun ini.
“Kualiti adalah satu perkara yang subjektif. Apa yang utama akan ada penonton yang mahu ke panggung untuk menontonnya.Saya yakin filem ini mampu menarik minat audiens kerana walaupun ia menampilkan elemen humor tetapi ia tidak melupakan nilai artistik dan komersial.Lagipun ia bukan sahaja sesuai ditonton kanak-kanak tetapi juga remaja dan golongan dewasa termasuk ibu bapa.Jika saya boleh mengumpulkan audiens itu, filem ini mampu menjadi hits.”
Tomboy
Tentang Bulan menceritakan tentang kehidupan kanak-kanak di kampung, kenakalan mereka dan tentang impian masing-masing apabila dewasa.
Menggunakan teknik imbas kembali, Tentang Bulan bermula pada tahun 2006 apabila seorang gadis tiba di lapangan terbang dan menaiki teksi untuk kembali ke kampung halamannya bagi menghadiri majlis perkahwinan.Di dalam teksi itu si gadis terkenang kembali zaman kanak-kanaknya bersama lima orang sahabatnya iaitu Mawi, Bulat, Ketot, Budi dan Ila. Kehadiran Ina menyebabkan Ila rasa cemburu dan dilupakan kawan-kawannya yang ‘jatuh hati’ dengan keayuan Ina sedangkan dia bersifat tomboy.
Ila cuba berubah tetapi ditertawakan kawan-kawannya menyebabkan dia menyisihkan diri sehinggalah satu hari dia berpindah mengikut keluarganya ke tempat lain.Tetapi siapakah gadis di dalam teksi itu dan perkahwinan siapakah yang ingin dihadirinya? Mungkin apabila menatap gambar yang dipaparkan, anda sudah mengetahui Zed Zaidi dan Yana yang bersanding. Tetapi siapakah mereka?
“Dalam filem ini, kemunculan Zed Zaidi, Shajiry, Syean, Faiz dan Yana hanya untuk satu babak sementara Shahidatul pula untuk dua babak. Mengenai watak yang mereka bawa, anda kenalah menontonnya,” jelas Ahmad Idham.
Mengenai pemilihan judulnya, Ahmad Idham menjelaskan, “Simbolik filem ini ialah bagaimana bulan dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melepaskan perasaan mereka.Di bawah pondok sambil merenung bulan, Mawi, Ila, Ketot, Gemuk, Ina dan Budi berjanji demi persahabatan masing-masing.Malah bulan juga menjadi tempat mereka melepaskan perasaan dan impian. Mawi, misalnya, bercerita tentang impiannya bergelar angkasawan pada malam bulan mengambang.”
Posted at 09:28 am by ilyani
Permalink
Sunday, December 18, 2005
"OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah". Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam.
Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra, indeks dan trigonometri.
Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.
Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 - 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua - punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak. Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.
Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.
Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.
Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.
Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.
Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).
Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.
Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.
Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.
Dalam pertemuan dengan Berita Minggu, memang terasa kebolehannya adalah pemberian Tuhan dan Adi Putra mungkin satu dalam sejuta yang memiliki kecerdasan akliah seperti itu. Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.
Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.
Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.
Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.
Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.
"Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.
"Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.
"Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra... mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu," katanya sambil ketawa.
Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya. Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.
Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.
Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.
Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.
Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.
"Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.
"Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.
"Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra... mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu," katanya sambil ketawa.
Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya. Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.
Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.
Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.
Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.
Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.
"Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.
"Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.
"Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra... mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu," katanya sambil ketawa.
Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya.
Posted at 09:11 am by ilyani
Permalink
Saturday, December 17, 2005
Peminat Yusry-Erra menangis....
DEGUP jantung terhenti seketika apabila Berita Harian, Rabu lalu menyiarkan tajuk muka depan - 'Pengakuan Erra, Yusry - tidak tinggal sebumbung'. Malah semua akhbar utama turut menyiarkan cerita yang sama pada muka depan.
Selepas Erra, 31, dan Yusry, 32, memberi penjelasan kepada Zubir mengenai pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini, akhirnya mereka tampil membuat pengakuan bersama, iaitu tidak lagi tinggal sebumbung, namun masih mengekalkan ikatan sebagai suami isteri dalam satu majlis minum petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dalam pertemuan bersama rakan media itu, mereka turut ditemani Abang Long, Norman KRU yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Dia memberitahu pihaknya terpaksa membuat pengumuman penting itu supaya tidak timbul lagi spekulasi yang semakin menggerunkan, sekali gus menjelaskan status sebenar rumah tangga adik dan isterinya itu.
Namun, ingin Zubir jelaskan di sini, mereka hanya tinggal berasingan saja dan masih sah sebagai suami isteri.
Zubir terpaksa menjelaskan sekali lagi kerana maklum balas yang Zubir terima lagi menggerunkan, “Dah tak tinggal sebumbung tu, alamatnya dia orang nak bercerai.” Begitulah kata seorang pemanggil yang menghubungi Zubir.
Pun begitu, sebaik tersiarnya berita berkenaan, meja Bintang Popular dihujani panggilan telefon, meminta kami membuat pengesahan. Begitu juga dengan kiriman e-mel, rata-rata peminat sukar menerima pengakuan suami isteri itu. Di sini, Zubir akan paparkan sebahagian dari perbualan telefon dengan seorang pemanggil wanita yang amat meminati Erra dan Yusry.
“Susah saya nak terima kenyataan kalau bukan dari mulut Erra dan Yusry sendiri.
Tapi, benda dah berlaku nak buat macam mana. Walau bagaimanapun, masih ada ruang mereka memperbaiki keadaan. Saya akan sentiasa mendoakan agar rumah tangga mereka dapat diselamatkan.
“Mereka hanya mampu merancang dan berusaha, tapi keputusan akhir kita tak tahu. Seandainya mereka memilih jalan untuk berpisah sebagai penyelesaian, saya...,” kata pemanggil itu yang tidak dapat meneruskan perbualannya kerana terlalu sebak.
Zubir yakin, ramai peminat tidak mahu episod perceraian terjadi dalam sejarah rumah tangga Erra, Yusry. Justeru, sama-samalah kita berdoa, agar mereka berjaya mencapai kata sepakat dan kembali hidup bersama, aman dan damai. Kepada Erra dan Yusry, berbanyaklah bersabar kerana apa yang berlaku adalah dugaan Tuhan. Pasti ada rahmat di sebalik dugaan ini.
Posted at 09:29 am by ilyani
Permalink
Sunday, December 04, 2005
Alias azam jadikan UDIM cemerlang
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Naib Canselor pertama Universiti Darul Iman Malaysia (UDIM), Prof. Datuk Dr. Alias Daud berkata, beliau akan berusaha menjadikan universiti awam pertama di Terengganu itu, sebagai sebuah universiti yang relevan dalam konteks keperluan dan pembangunan negara.
Anak jati Terengganu dari Jerteh itu berkata, bagi memenuhi wawasan itu, perancangan yang rapi perlu dibuat supaya UDIM dapat mencapai standard, yang tinggi sebagai sebuah universiti yang mampu menyediakan sumber bagi pembangunan negara.
``Kita kena mula dari awal membuat perancangan rapi dari segi rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang bagi mencapai sasaran itu,'' katanya ketika dihubungi hari ini.Kita perlu relevan bukan sahaja dari segi kursus yang disediakan tetapi juga aktiviti penyelidikan, pengajaran, dan pembelajaran yang menjadi tunjang utama sesebuah universiti,'' katanya.
Alias yang berkelulusan ijazah pertama dan ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam bidang sains dan fizik dari Universiti Salford Manchester, England berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi mencapai wawasan itu.Mengenai pelantikannya itu, Alias memberitahu beliau mengetahuinya pagi ini dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepadanya.
``Saya tidak jangka dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu sehingga dimaklumkan pagi ini,'' katanya.Ketika ditanya mengenai tugasnya, Alias berkata, beliau akan menunggu surat pelantikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Shafie Mohd Salleh mengumumkan pelantikan Alias itu pada sidang akhbar selepas menyampaikan diploma kepada 484 graduan pada konvokesyen Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.
Shafie berkata, Alias bertanggungjawab menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi melantik pegawai sokongan universiti itu, termasuk bendahari dan pendaftar sebagai persediaan untuk memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajar universiti itu pada Jun depan.
Pelantikan tenaga pengajar dan pensyarah akan dibuat oleh Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) universiti tersebut selepas itu.
Alias berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan kakitangan universiti bagi menjadikan universiti itu sebuah universiti yang cemerlang.Ketika ditanya mengenai pengalamannya, Alias yang mempunyai lima orang anak berkata, beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan bersama Universiti Malaya (UM) pada 1980.
``Sebaik-baik tamat pengajian dengan ijazah pertama di Universiti Salford pada 1980 saya menyertai UM sebagai tutor.Saya melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D di universiti yang sama dalam bidang fizik dan kembali menyertai UM.Saya sangat sayangkan UM kerana banyak kenangan dan pengalaman saya selama 25 tahun bersama universiti ini,'' katanya.Alias juga berkata, beliau pernah memimpin Institut Perkembangan Penyelidikan dan Perundingan UM sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor UM dua tahun lepas.
Posted at 12:27 pm by ilyani
Permalink
Wednesday, November 30, 2005
Siti Nordiana - Terima wang hantaran RM17,000

PADA 20 November lalu, Achik Spin melangsungkan perkahwinan. Beberapa hari selepas itu, penyanyi Syura pula bertunang. Ahad lalu (27 November), pasangan duet Achik, Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana pula melangsungkan pertunangan dengan Faizal Yusup,27, di rumahnya di Kuala Lumpur.
Pastinya ramai mengetahui, Nana telah hampir setahun berkawan dengan Faizal, pelakon drama Zarin Zarina, Atas Nama Cinta, Neon dan kini bakal muncul dalam filem baru, Gong.Mengambil keputusan bertunang pada bulan kelahirannya, Nana dengan gembira bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan sambil menepis dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ikatan pertunangannya terjadi untuk mengaburi kekecewaannya terhadap perkahwinan Achik yang pernah digosipkan dengannya.
"Saya dah tahu orang akan cakap macam tu. Sebenarnya saya tak rasa apa-apa. Saya tidak berniat begitu pun. Sebabnya saya memang tak rasa kecewa langsung apabila Achik kahwin. Malahan saya gembira lagi sebab gosip antara kami tidak akan diperkatakan lagi.
"Kebetulan tak sangka bulan ini Achik kahwin, Syura bertunang. Semuanya satu kebetulan. Saya memilih bulan ini sebab bulan kelahiran saya yang ke-21.Asalnya nak buat masa hari jadi saya pada 22 November. Tapi tarikh tu jatuh pada hari Selasa. Orang ramai bekerja. Tak sesuai kalau nak membuat jemputan,'' kata Nana yang nampak manis mengenakan pakaian tajaan Persona Butik dan dihias cantik oleh Aim pada petang itu.
Tambahnya lagi, keputusan untuk bertunang diambil kira selepas kedua-dua pihak berbincang bersama-sama. "Saya fikir lebih baik bertunang daripada berkawan lama-lama. Keluarga kami pun menasihatkan lebih baik ada ikatan. Tak eloklah sebab kami selalu keluar sama. Lagipun rasanya saya pun tak nak main-main lagi. Benda baik apa salahnya disegerakan,'' kata Nana yang enggan menyatakan tarikh perkahwinannya.
Majlis pertunangan berlangsung dengan meriah pada petang tersebut dengan dihadiri hampir 200 tetamu terdiri daripada saudara mara Nana, Faizal dan para peminat. Pihak lelaki hadir bersama rombongan 10 buah kereta.
Upacara menyarung cincin di jari manis Nana disempurnakan oleh ibu Faizal sendiri. Faizal yang berbaju Melayu sedondon hanya hadir seketika dan terpaksa pulang awal kerana mempunyai urusan lain.
Wakil Faizal membawakan 15 dulang barangan bertemakan biru serta wang hantaran RM17,000 dan dibalas oleh pihak perempuan 13 dulang barangan berwarna merah dan putih.Apa pun sekalung tahniah MEGA ucapkan kepada pasangan tersebut kerana bijak memilih untuk membina sebuah ikatan bagi melerai segala persoalan yang bermain di minda peminat selama ini. SELAMAT BERTUNANG!
Posted at 12:33 pm by ilyani
Permalink
Monday, November 28, 2005
Assalamualaikum semua!!!! I miss u all.... Mmmuahsss!
Maaf ler lamer dok update web ni....Banyak sebabnya.... Pertama, komputer kat kg rosak....Nak bekki dok mampulah...Bagi yang dok tahu lagi, ni nok kabo ser....Aku kije doh skang nih...Tukang fotostat jer... Ahakss...Kat library KUSTEM....Kat sana takdok komputer, sebab tu aku dok leh nok ngadap komputer...Tension, kan? Tapi dok aperlah....Nama pun pekerja fotostat ajer, pasrah ajerlah.... Betul dok?
Korang sumer ni sihat dok?Aku harap sihat2 belaker deh....Aku masih ingat lagi kat kak Acid, Kay_Rex,Adha, Ikah, Mat Duan, Chuet, adikku ND...Aku dok penoh luper kat korang tau....Janganla main sangka bukan-bukan kat aku... Cedih aku tau....
Posted at 09:13 am by ilyani
Permalink
Thursday, October 06, 2005

Kedatangan bulan Ramadan tahun ini membawa cabaran yang lebih hebat kepada seorang penjual teh dan keluarganya.
Ini kerana, Mohammed Shakeel sekeluarga perlu mempertimbangkan satu keputusan penting sama ada untuk membenarkan pakar-pakar bedah neurologi terkemuka di dunia melakukan pembedahan untuk memisahkan anak kembar Siam kesayangan mereka, Sabah dan Farah yang bercantum di bahagian kepala.
Para doktor telah menjelaskan secara terperinci kepada Shakeel bahawa pembedahan itu perlu dilakukan sekarang, ketika tempurung kepala anak kembar perempuannya itu masih lembut dan jantung mereka masih kuat.
Jika ditunggu lebih lama, jelas doktor berkenaan, anak kembar itu dikhuatiri menghadapi risiko yang lebih besar, dengan peluang mereka untuk hidup agak tipis.
Shakeel, seorang penganut Islam yang berpendapatan tidak sampai AS$1 (RM3.70) sehari dengan menjual teh di sebuah stesen kereta api di Patna, bagaimanapun berserah kepada takdir.
``Biarlah Allah yang menentukannya,'' kata Shakeel kepada para pemberita semalam di Hospital Appollo di New Delhi, di mana pasangan anak kembarnya diperiksa oleh pakar bedah neurologi Amerika Syarikat (AS), Benjamin Carson, seorang pakar yang dikenali dengan kemahirannya dalam memisahkan anak kembar Siam.
``Kami akan pulang dan akan menghormati bulan Ramadan.
``Sepanjang bulan Ramadan ini, kami akan berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk kepada kami. Selepas itu kami akan membuat keputusan,'' kata Shakeel dalam bahasa Hindi.
Carson, yang mengetuai unit pembedahan neurologi pediatrik di Pusat Perubatan Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Maryland, mengaku pembedahan itu memang berisiko tinggi tetapi yakin beliau boleh memisahkan Sabah dan Farah.
Posted at 09:54 am by ilyani
Permalink
Wednesday, October 05, 2005
Aku peminat MAWI gak.....
Aduh Saliha
Mawi
Mana rayuanku
Hendak aku sampaikan
Rindu berahiku
Pada kasih yang jauh.......
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat
Mana penggantimu
Hendak aku dakapkan
Dendam asmaraku
Pada cinta yang luruh
Luruh bukan daun dan hujan
Luruh jiwa dan badan
Bertahun ku sandarkan percaya
Tak mungkin terpadam cahaya
Cintamu... bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan.....
Aduh
Mahkota terhempas
Barulah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh........hanyalah kaca
Sesudah berdarah
Barulah ku sedar
Jiwaku tercalar
Sakitnya bukan kepalang
Kau biarkan aku sendiri menderita seksa
Racun hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi
Dalam hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib....
Dalam gelita Saliha
Lagu: M.Nasir
Lirik: Loloq
Penyanyi: Mawi
Lirik Aduh Saliha dicipta jam 3.30 pagi
Komen Loloq
“LIRIK lagu ini memang kena dengan Mawi. Memang sengaja saya buatkan lirik yang masuk dengan aura dan personalitinya.
Sekarang, barulah saya faham kenapa peminat terutama orang Melayu memuja Mawi. Dia memang acceptionally good. Dia buat penonton rasa cukup dekat di hati mereka. Bukan saja dari segi nyanyian tetapi juga penampilan diri.
“Ilham untuk mengarang lagu ini tiba jam 3.30 pagi. Memandangkan Mawi nampak macam budak baik-baik, jadi Saliha adalah nama yang sesuai untuk melambangkan kasihnya terhadap seorang wanita. Lagu ini siap pada jam 6 pagi dan tepat jam 8 pagi, ia sedia dihantar kepada pihak Astro.
“Sham Kamikaze pula membuat susunan muzik mengikut garis panduan daripada M Nasir dan saya sendiri. Untuk seorang yang bukan profesional seperti Mawi, keupayaannya membawakan lagu ini dengan baik amat saya kagumi.
“Apa yang membimbangkan saya ialah pada awalnya, bukan takut dia lupa lirik tetapi mampukah dia membawa lagu itu dengan baik kerana dari segi melodi dan lirik yang agak berat, terutama bahagian terakhir pada lagu itu. Namun Mawi nyata hebat dan berjaya dengan tugasnya pada malam final tempoh hari.”
INFO MENARIK
Pertama kalinya lagu ini diperdengarkan oleh penyanyi asalnya, Asmawi Ani atau Mawi - juara Akademi Fantasia 3 AF3), - ialah di Stadium Tertutup, Melawati Shah Alam Selangor, pada 6 Ogos lalu.
Ia juga lagu pertama yang dicipta M Nasir, Pengetua AF3 bersama Loloq untuk Mawi.
Lagu ini berkonsepkan World Music sesuai dengan genre pilihan Mawi.
Posted at 09:51 am by ilyani
Permalink
Wednesday, July 06, 2005
Assalamualaikum semee.....
Apa kabo lening? Sihat2 belaker ke?Harap sihatla belaker deh..Yanie dah lama tak online ni... Sebab dah pindah semula ke kampung halaman. Huhuu...Sian Yanie, kan?
Tapi alhamdulillah ler sebab kawan baik aku, Mala rajin jalan-jalan ke rumah aku... Maklumlah dah ada lesen... Senang nak pi umah dia , suh dia amik aku kat umah jerk... Tak yah ler abah antar aku lagi... Hahahahaa...Tapi aku rasa aku leh bawak kete dah skrg...Aku yakin boleh memandu dah...Makcik pun dah merasa aku pandu kete Atoz....hahahaha....
Hai kengkawanku...
Maafla lama aku tak update, sebab kat kampung aku dah takde komputer.Susah ler nak online...Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Ni pun harap ada interview je, aku leh online kat KL...Ntah esok aku balik semula ke kampung ntah...takmo balik..............
Posted at 11:18 pm by ilyani
Permalink
Monday, June 06, 2005
Assalamualaikum...
Hari ni merupakan hari terakhir aku online...Esok blah dah ke kampung.Uwaaaaaaa......
Takpelah, Kata seorang rakan aku Shamsul Khan (suatu masa dulu ler...), berkorban demi orang tua lebih baik dari berkorban demi orang lain. Kekadang kata Sham tu buat aku terharu gak seposen.Uiks, seposen je ker? Patut bagilah seringgit ker, RM100 ker...ahaksss...
Lepas aku balik nanti, aku dah serahkan kat ND untuk jaga ketiga 2 blog aku... Huhuu, menyusahkan le plak...Takpelah, ND adik kesayangan aku... Dia manja ngan kakak dia nih... Chewah, kakak le konon... Sejak bila aku bergelar kakak nih? huhuu...Apa pun ND, akak minta maaf terpaksa menyusahkan ND jaga blog 2 akak ye...
Kepada Adha, ND, Iza, Ikah, Linda (Sepet kuku), Kak LPB, Kak Acid, Chuet, Wan dan semua yang mengenali diri ini, maafkan segala salah dan silap Yanie selama kita berkawan ni. Sesungguhnya melalui web blog la Yanie dapat mempelajari sesuatu yang Yanie tak pernah belajar masa di kolej dulu. Terima kasih semua...Malah melalui penulisan korang kat bloglah, membantu Yanie mengenali siapa korang yang sebenarnya. Sebab melalui penulisanlah, kita tahu keperibadian sebenar seseorang tu.
Buat Dalina, JeehAne, Kay_Rex, Popo, Eddy dan sesapa jelah yang rasanya tak tertulis ah nama kat sini. Banyak sangat member blog.... Padan muka aku...! Jaga diri baik-baik ye.Jangan lupakan aku... Aku tetap ingat korang sampai bila-bila... huhuu, tak caya korang tanyalah ND nanti...
Ishh, gatal le plak hidung nih...Ni mesti penangan sambal ngan tersilapnya aku makan udang. Aku ni pantang makan makanan laut sebab resdung.Doktor dah pesan dah. degil je aku nih... Satu lagi aku makan budu kat umah aunty aku baru2 ni. Mana le tak gatal...Huhuu... Malam ni bulan tak mengambang ler nampaknya... huhuu, gelap dunia forum... erk, ye ke? Tak tahu plak aku... Huhuu, nanti nak tanya Kailan setiap malam ada tak bulan mengambang malam? hHahahahahaha...
Okla, aku nak update blog lain plak... Last day nih kenalah update bebanyak sebab nanti orang nak baca entry aku...Ntah bila plak aku boleh online... Komputer rumah rosak lagilah bosan aku pas ni...Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Posted at 11:48 am by ilyani
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|