|
|
 |
 |
Sunday, June 05, 2005
Jual rumah demi ubati anak
GEORGETOWN: Demi kasih terhadap anak, seorang ayah terpaksa menjual rumah kos rendah bagi menampung perbelanjaan rawatan anak bongsunya yang menghidap sindrom Rubella selain menghadapi masalah saluran darah ke bahagian jantung tersumbat.

Johari Omar, 41, menjual rumah kos rendah miliknya di Teluk Kumbar, dekat sini dengan harga RM25,000 sebagai jalan terakhir bagi membiayai kos rawatan anaknya.
Anaknya, Siti Nazirah Johari, 4, yang sehingga kini tidak boleh bercakap turut menghadapi komplikasi jantung akibat Rubella dan dijangka menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 26 Oktober ini.
Johari, bekas anggota tentera kini bekerja sebagai pemandu lori bimbang jika pembedahan segera tidak dilakukan bagi membuka saluran darah yang tersumbat di bahagian jantung Siti Nazirah, ia mungkin mendatangkan komplikasi sampingan.
"Setakat ini, semua perbelanjaan merawat Siti Nazirah dibiayai saya sendiri tanpa bantuan orang ramai tetapi kini perbelanjaannya semakin meningkat menyukarkan kehidupan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar, di sini, semalam.
Beliau berkata, kesukaran menyediakan kos rawatan berjumlah RM20,000 menyebabkan dia mengambil keputusan menjual rumah kos rendah yang dibelinya empat tahun lalu.
“Walaupun berat untuk mengambil keputusan itu, namun demi melihat anak saya sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain, kami terpaksa berkorban apa saja termasuk menjual rumah kami,” katanya.
Siti Nazirah, anak bongsu daripada empat beradik dikesan menghidap sindrom Rubella ketika berusia satu tahun setengah dan sehingga kini, dia masih tidak dapat bercakap.
Penyakit Siti Nazirah mula dikesan apabila beliau mengalami masalah penglihatan di kedua-dua matanya ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Februari lalu, kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan kanta dengan kos RM3,000.
Penderitaan Siti Nazirah berterusan apabila gadis kecil ini turut mengalami komplikasi masalah pendengaran dan terpaksa memasang alat pendengaran di kedua-dua telinganya pada 27 April lalu.
Ibunya, Zarina Ismail, 35, seorang suri rumah, berkata doktor yang merawat Siti Nadirah mendapati beliau perlu menjalani rawatan dengan kos RM6,000.
"Walaupun selepas memasang alat ini, Siti Nazirah boleh mendengar tetapi kesan sampingannya dia masih tidak memberikan sebarang tindak balas apabila namanya dipanggil," katanya.
Penyakit yang dideritai itu menyebabkan Siti Nazirah sering mengalami sesak nafas dan memerlukan perhatian setiap masa serta hanya mahu didukung ibu atau ayahnya saja.
"Saya tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami Siti Nazirah setiap hari dan berkorban apa saja asalkan dia kembali pulih dan sembuh," katanya.
Beliau berharap mereka yang prihatin dengan nasibnya akan membantu membiayai kos rawatan Siti Nadirah.
Posted at 01:22 pm by ilyani
Permalink
Wednesday, June 01, 2005

Life gives Answers in Three ways,
It says YES and gives Whatever u Want,
It says NO and gives u Something Better
It says Wait and gives u the Best
"Don't just Dream. Live your Dream."
Posted at 01:47 pm by ilyani
Permalink
Tuesday, May 31, 2005
Jejak khazanah gugusan pulau di Terengganu

BERSANTAI di Pantai di Pulau Lang Tengah.
DESTINASI kami ialah tiga pulau di perairan Terengganu - Redang, Lang Tengah dan Bidong. Namun kami terlebih dulu terpaksa terperuk dalam bas kira-kira lapan jam perjalanan dari Balai Berita di Kuala Lumpur ke Jeti Merang, Terengganu sebelum menaiki bot ke Pulau Redang yang menjadi persinggahan pertama.
Terletak kira-kira 25 batu nautika dari Kuala Terengganu, gugusan kepulauan Redang merangkumi sembilan pulau - Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling, Pulau Pinang dan Pulau Redang. Bagaimanapun, hanya Pulau Redang dan Pulau Pinang saja mempunyai penduduk, dengan Pulau Pinang menjadi lokasi pusat Taman Laut.
Dari jauh lagi, air laut yang hijau cair, terumbu karang yang melata hingga ke gigi air dengan pelbagai bentuk dan saiz yang menjadi kediaman ikan pelbagai spesies dan warna itu bagai mengalu-alukan kehadiran kami.
Bagaimanapun, kami terpaksa bersabar kerana sebelum dibenarkan masuk ke air, kami diberi taklimat mengenai kaedah snorkelling yang betul bagi memastikan kehadiran kami di situ tidak mengganggu dan meninggalkan kesan kepada penghuni asalnya yang sangat sensitif kepada sebarang perubahan dan ancaman.
Pada mulanya, penulis yang menyertai program anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan NSTP cuba mengenal dan menghafal jenis hidupan marin yang dilihat ketika sesi snorkelling di kawasan terumbu karang dengan harapan dapat diceritakan kepada rakan lain yang tidak dapat hadir bersama. Tetapi setelah 30 minit berada dalam air hasrat itu terpaksa dilupakan kerana terlalu banyak spesies pelbagai warna!
Paling tidak dapat dilupakan penulis ialah pengalaman kali pertama memegang timun laut yang banyak hidup di kawasan air cetek. Kulitnya yang berlendir dan badannya yang lembik menyebabkan ramai menjerit kerana geli!
Keadaan di darat juga tidak kurang indahnya dengan lambaian pelepah kelapa dan pokok rendang yang menyediakan tempat berteduh di pasir putih yang menjadi hamparan kepada peminat bola tampar atau ulat buku.
Tidak jauh dari chalet kami yang mengadap kawasan pantai, kelihatan Pulau Kerengga Besar dan Pulau Kerengga Kecil. Dari jauh, ia kelihatan seperti tiga orang yang sedang berbaring. Di pulau itu juga terdapat batu besar putih semula jadi selebar lapan depa berbentuk kubah masjid, itulah kebesaran Allah.

SNORKELLING, antara aktiviti yang tidak akan
dilepaskan oleh pengunjung yang terpukau dengan
kerjenihan air laut.
Kami juga berpeluang melawat Pulau Bidong. Perjalanan ke pulau itu mengambil masa satu jam setengah menaiki bot dari Pulau Redang. Sejarah Pulau Bidong yang dijadikan penempatan sementara bagi kira-kira 250,000 orang hanyut Vietnam menambah misteri pulau yang kini tidak berpenghuni.
Sebelum ditutup sepenuhnya pada 1991, Pulau Bidong dihuni orang hanyut Vietnam yang melarikan diri daripada negara asal berikutan kejatuhan Vietnam Selatan ke tangan komunis pada 1975. Mereka menjadikan negara kita sebagai tempat perlindungan sebelum dihantar ke negara ketiga. Kerajaan Malaysia meletakkan mereka di Pulau Bidong sebagai tempat persinggahan.
Setelah lebih 13 tahun terbiar, peninggalan kemudahan asas seperti pasar, sekolah, klinik, pusat kecantikan, kedai makan, bengkel kemahiran, rumah ibadat, kelab malam, penjara dan bangkai kapal orang hanyut yang terbiar mencetuskan rasa sedih mengenangkan nasib mereka yang terpaksa bertaruh nyawa untuk lari dari kemelut di negara sendiri.
Pulau itu kini hanya menjadi tempat persinggahan kapal nelayan. Walaupun berpotensi dibangunkan sebagai pusat pelancongan dengan modal keindahan alam sekitar dan sejarah, pulau itu terus malap tanpa sebarang pembangunan. Lebih memilukan apabila melihat tugu yang dibina bagi mengenang nyawa orang hanyut yang terkorban sepanjang kemelut itu.
Setelah puas bergambar di binaan monumen dan batu peringatan dengan orang hanyut yang pernah berlindung di pulau itu, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Tengah, Pulau Redang untuk snorkelling dan ‘bermesra’ dengan anak ikan yu black tip.
Berbanding Redang yang terkenal sebagai syurga laut dan Bidong yang diletakkan di peta dunia oleh orang hanyut Vietnam, Pulau Lang Tengah yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian agak kurang dikenali. Bagaimanapun, di kalangan peminat sukan menyelam Scuba, ia antara lokasi penting di Semenanjung Malaysia jika mempunyai impian untuk melihat jerung paus.
Memandangkan tidak banyak pembangunan dan kebanyakan kawasan di pulau itu belum di sentuh kegiatan pelancongan, kami tidak perlu snorkelling jauh atau menyelam Scuba untuk melihat hidupan marinnya. Di sana, penulis rasa seperti terpaku melihat airnya yang jernih dan pantainya yang landai. Airnya hanya di paras pinggang walaupun kira-kira 30 meter dari gigi air.
Pada malam terakhir di Pulau Redang, hanya berbekalkan lampu suluh kerana bulan penuh, penulis bersama rakan sempat mencari ketam ketika air surut, masing-masing sudah terasa sedih kerana terpaksa meninggalkan pulau itu keesokan harinya.
Setelah mengenali sebahagian gugusan kepulauan Redang, Pulau Lang Tengah dan Pulau Bidong, dengan berat hati kami meninggalkan khazanah alam itu. Tidak dapat dinafikan, sepanjang pengalaman kami di sana, kelihatan sudah ada persekitarannya yang terjejas berikutan pembangunan tidak dikawal dan sikap sesetengah pihak yang tidak mengutamakan alam sekitar.
Posted at 01:00 pm by ilyani
Permalink
Keselamatan ketika berada di dalam kereta
Tidak kira di mana anda perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bahaya yang mungkin terjadi jika berada seorang diri. Contohnya kerika berada di dalam kereta. Tip berikut mungkin dapat membantu.
- Pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang baik dan minyak kereta anda sekurang-kurangnya separuh tangki. Jangan biarkan minyak anda terlalu sedikit sehingga menyebabkan anda terpaksa berhenti untuk mengisi minyak terutamanya di kawasan yang anda tidak biasa.
- Pastikan kunci kereta anda di keluarkan terlebih dahulu sebelum anda keluar atau meninggalkan bangunan ke tempat letak kereta. Sikap suka mencari kunci di dalam beg anda ketika sampai di kereta boleh membuka peluang kepada penjenayah untuk menyerang anda.
- Perhatikan sekeliling anda sebelum masuk ke dalam kereta. Jika anda was-was terhadap persekitaran anda ketika itu, terus berjalan melepasi kereta anda ke tempat yang selamat.
- Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda. Pastikan pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda.
- Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang anda.
- Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan selamat, walaupun anda meninggalkan kereta anda tidak lama. Perhatikan sekeliling anda sebelum keluar daripada kenderaan anda.
- Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan menyerang, hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat mungkin.
- Pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong dan seperti biasa kunci kereta sudah tersedia di tangan anda apabila anda di ekori di kawasan tempat letak kereta, dan anda masih lagi jauh daripada kereta anda, cuba menginsut di bawah kereta berhampiran. Posisi ini menyukarkan penjenayah untuk menyerang anda yang berada di bawah kereta.
- Jika penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di dalamnya, gunakan segala kekuatan anda untuk keluar daripada kereta tersebut.
Posted at 12:09 pm by ilyani
Permalink
Monday, May 30, 2005
Malam yang Membosankan...


Pada hari Sabtu malam Ahad baru2 ni iaitu 28/5/2005, kakak aku ajak tengok
wayang. Ingatkan ada lagi ler filem Tentang Dia yang aku teringin sangat
nak tengok...Hampesh, takde dah...Last2 aku biarkan kakak dan cousin aku
dengan suami diorang berbincang sendirilah...Sementara aku pi beli Pop Corn utk aku makan...Aku suka Pop Corn...Kalau dah datang ke panggung wayang, wajib ada Pop Corn untuk aku tau! Hahahaaha...Walaupun baru je lepas makan nasi, Hehehee.... Tu ah aku takmo kuar tengok wayang dengan sesapa, sebab nanti diorang kenalah belikan Pop Corn untuk aku satu...Kalau tak, hahaha maunya aku majuk panjang....Ekekekee...
Nak tahu tak camne kerenah aku bila dapat tahu diorang nak tengok filem kat atas tu?Dalam hati aku kata, "ishh, tak sesuai langsung dengan jiwa aku..."Diorang terpaksalah tengok jugak sebab filem ni pilihan husband diorang...Aku yang takde husband ni macam orang tak betul je...Yelah, bila dah masuk panggung wayang kul 12 tgh malam tu, bukannya aku tengok pun filem tu...Dari memula start citer tu sampailah dah habis citer aku buat tahi mata je...Ekekekee...Tapikan, yang aku tak tahannya, aku dalam kesejukan yang teramat sangat... Terseksa aku....Bila aku pandang ke sebelah aku tengok husband diorang seme peluk bini memasing...Uwaaaaaa, jelesnya aku....Napelah diorang ajak aku tengok wayang disaat aku tak de orang nak peluk...? hahahahahaa, lawak betul aku nih....Tapi memang aku sejuk giler ah pagi ahad tu walaupun aku dah pakai baju yang tebal giler segiler-gilernya....Salah aku gak tak beli stokin masa kat Jusco...hampesh....!! Orang lain siap beli bantal dan selimut lagi nak tengok wayang tengah malam...Huhuu...Lepas kawin, aku nak tengok wayang ngan husband aku berdua je...Takmo ajak sesapa...Hahahahaa.....Sapa suruh buat aku jeles...?
Posted at 04:53 pm by ilyani
Permalink
Sunday, May 22, 2005
DEMAM AKADEMI FANTASIA 3 BERMULA!!!
Daripada 4,000 calon yang menjalani uji bakat di 10 lokasi seluruh negara, cuma 10 calon lelaki dan 10 wanita dipilih menjalani pemilihan terakhir bagi mencari 12 pelajar paling layak meneruskan impian menyertai program terbitan Astro itu.
Peserta wanita ialah Amylia Mohd Azlan; 21, (Amy/Sarawak), Amylea Azizan; 19, (Amylea/Langkawi), Asia Tunakma Abdullah; 20, (Akma/Kuala Lumpur), Nor Diana Akmar Tajul Arrifin; 22, (Diana/Kuala Lumpur) dan Elliza Abdul Razak; 21, (Elliza/Perak).
Norashikin Abdul Rahman; 21 (Ekin/Labuan), Nor Farah Idayu Yaakob; 20 (Idayu/Kelantan), Marsha Milan Londoh; 20, (Marsha/Sabah), Hazrina Illias; 21, (Rina/Perak) serta Nurshiha Mohd Zikir; 18, (Shiha/Selangor).
Calon lelaki ialah Nik Mohd Aidil Nik Zamri; 21, (Aidil/Kuala Lumpur), Azlif Suhaizad Abdullah; 23 (Azlif/Johor), Felix Agus; 23, (Felix/Sabah), Fuad Razlan Abd Azri; 20, (Fuad/Kuala Lumpur), Haider Arif; 20, (Haider/Sabah), Isa Kumar Jali Sulaiman; 19, (Isa/Sarawak), Mohamed Zulkefli Modh Idir; 21, (Kefli/Kuala Lumpur, Asmawi Ani; 24, (Mawi/Johor), Syaiful Reza Mohamed; 27, (Reza/Kuala Lumpur) serta Mohd Yazer Yusof; 23, (Yazer/Sabah).
Pengarah Program Astro, Zainir Aminullah, berkata konsert khas yang dinamakan Konsert Prelude AF akan dijadikan medan menguji kemantapan bakat, personaliti dan gaya persembahan bagi memilih 12 calon terbaik.
“Konsert Prelude boleh dianggap kemuncak serta penutup sesi uji bakat yang adakan di seluruh negara. Ini bakal menentukan nasib mereka yang sudah sampai ke tahap ini. Seperti konsep asal, hanya enam lelaki dan enam wanita akan dipilih.
“Keputusan terletak 100 peratus di tangan juri yang turut membariskan Pengetua baru AF, M Nasir. Ini selari dengan konsep rancangan yang mana panel profesional menyenarai pendek bakat baru manakala juri pula menentukan siapa layak ke akademi,” katanya.
Sementara itu, Konsert Prelude AF dijadualkan disiarkan secara langsung dari Studio 1 Astro menerusi Astro Ria dan @15 pada 31 Mei ini jam 8.30 malam. Dua belas pelajar terpilih akan mendaftarkan diri di akademi yang terletak di The LakeHomes Bungalow, The Mines South Lake, bermula 29 Mei ini dan mereka perlu menjalani sesi pembelajaran untuk tempoh maksimum 10 minggu.
Konsert mingguan bermula 4 Jun ini, jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam, manakala gelagat pelajar boleh diikuti menerusi program Tirai AF dan Diari AF.
Katanya lagi, kali ini hadiah kepada juara mencecah RM250,000 iaitu sebuah pangsapuri, kereta Suzuki Swift 1.5L Hatch, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke London/Paris, sistem teater rumah, kerusi urut dan pelbagai barangan lain.
Ni pic pelajar yang terpilih je aku leh siarkan ye...Undi, jangan tak undi...eheheee
Posted at 12:49 pm by ilyani
Permalink
Saturday, May 21, 2005

Malam tadi aku menangis lagi. Menangis saat aku dipujuk oleh sahabatku, Mala agar balik ke kampung kami. Betapa payahnya nak buat aku bersetuju...Aku tak sanggup berdepan dengan perpisahan selepas 2 orang yang pernah jadi teman baikku telah pergi meninggalkan aku keseorangan.Sha dan Zie masing-masing berpindah mengikut suami mereka.Sorang ke KL, sorang lagi ke Sarawak... Ntah bila giliran Mala akan tinggalkan aku kerana mengikut suaminya ke Sabah agaknya...
Aku terasa diri bagaikan bangkai bernyawa plak. Hidup tapi tak bermaya. Makan tak lalu, tidur tak pernah cukup, asyik termenung...Takde lagi suara riang aku dalam rumah ni.Takde lagi suaraku mengusik anak2 sedara aku seperti dulu.Aku lebih selesa berkurung di dalam bilik dan meluahkan perasaan di atas buku yang aku buat conteng2.Kenapa aku dilayan sebegini rupa?
Namun aku bersyukur sekurang-kurangnya aku sempat mengedarkan resume aku kpd kawan2 aku yang bekerja di company2 besar atau kecil...Lepas ni aku nak terus mengedar resume aku dengan harapan murah rezeki aku di KL nih. .
Posted at 11:57 am by ilyani
Permalink
Friday, May 20, 2005
KLIUC tawar program Diploma Kejuruteraan Geomatik
BERMULA dengan Institut Latihan dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia (IKRAM) yang ditubuhkan pada 1981, Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) kini mampu berbangga apabila berjaya mengekalkan kecemerlangan.
Langkah itu sejajar dengan matlamat dan komitmen KLIUC untuk muncul sebagai sebuah kolej universiti infrastruktur yang berkemahiran dan berkepakaran dengan menjadikan kejuruteraan infrastruktur sebagai teras aktiviti kolej.
Terbaru, KLIUC terus mengembangkan lagi rangkaian program pendidikan berkualiti melalui penawaran satu lagi program baru dan terkini iaitu Diploma Kejuruteraan Geomatik.
Program ini dikhususkan kepada pelajar yang ingin menerokai dan menakluki kemahiran dalam aplikasi teknologi baru seperti sistem Maklumat Geografi, Sistem Penentududukan Global, Imej Satelit dan Foto Udara.
Melalui program ini, pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran dan ilmu pada peringkat tertinggi dalam sains pengukuran, hitungan dan analisis untuk menyempurnakan penilaian dan urusan maklumat. Antara pengisian dalam program ini termasuklah ukur kejuruteraan, ukur kadestra, hidrografi, kartografi, geodesi, astronomi, dan fotogrametri.
Program yang menggabungkan aspek teori dan praktikal ini mengambil tempoh masa pengajian selama dua setengah tahun dengan jumlah kredit sebanyak 98 jam.
Pengecualian maksimum 30 jam kredit akan diberikan kepada pelajar lepasan diploma yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan pihak senat.
Bagi mengikuti program ini, pemohon mestilah memiliki kelulusan minimum kepujian tiga mata pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional, O-Level.
Sehingga kini, pelbagai program peringkat ijazah, diploma, program persediaan dan sijil dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat, pentadbiran perniagaan, perakaunan, komunikasi korporat, bahasa Inggeris dan sastera ditawarkan KLIUC.
KLIUC juga akan menawarkan program sarjana dan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dan pengajian perniagaan yang kini dalam proses terakhir bagi mendapatkan kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi.
Dalam usaha menggalakkan kecemerlangan pelajar, KLIUC menawarkan potongan yuran pengajian sebanyak 60 peratus bagi pelajar yang mendapat jumlah purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.75 ke atas, manakala potongan 30 peratus bagi PNGK antara 3.5 hingga 3.75.
p/s: Kolej tempat aku blajo dulu nih... HAHAHHAHAHA!!! Makin banyok napok diorang buat offer kat bebudak yang lum kenal sapa KLIUC nih.. ekekeee... Jangan maroh...Kang kena jual lak kolej nih... hehehe
Posted at 11:11 am by ilyani
Permalink
Gempa bumi 6.8 Richter gegarkan Pulau Sumatera
JAKARTA 19 Mei - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan beberapa kawasan di Pulau Sumatera awal pagi ini.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.54 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa 240 kilometer ke barat bandar Sibolga, utara Sumatera dan 33 kilometer di bawah dasar laut, kata ketua kaji cuaca Aceh, Syahnan.
Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kematian dlaporkan setakat ini.
Penduduk Banda Aceh terpaksa meninggalkan kediaman dan pejabat mereka dalam keadaan panik kerana khuatir bencana tsunami akan berlaku.
Pada 28 Mac lepas, gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter di Pulau Nias, Sumatera telah mengorbankan lebih 900 nyawa di mana pusat gempa yang dicatatkan adalah sama dengan kejadian hari ini.
Posted at 11:00 am by ilyani
Permalink
Assalamualaikum para pembaca budiman... ahaksss...
Macam editor majalah la plak... ekekeekee...Takpelah, sesekali nak asah bakat apa salahnya... Ntah2 dapat jadi pengarang majalah kat Karangkraf ke sapa tahu kan? hahahaa, perasan tul aku!!! Sapa ler nak amik aku keje ni padahal pengalaman pun tak banyak... Setakat penah jadi kerani selama 2 bulan tu, ada ke orang nak amik aku ni... huhuuu...Lawak tul..!
Baru-baru ni aku tak puas hati disuruh balik tinggal kat kampung.Sapa yang suruh? Biarlah aku sorang je yang tahu, tak manislah aku heboh siapa penyuruh tu kat sini... Apa le yang boleh aku buat kalau duk kampung aku tu? Buat aku terasa je ketiadaan "kembar" aku sorang tu...Uwaaaaa.....!!!Takmo balik...Aku nak cari keje kat sini gak!Uwaaaaaa....!!!Uhuk..uhuk...
Kat kampung, kalau ada keje kosong kat kedai pun, PASTInya keje shif malam. Bila aku confident boleh dapat keje tu, PASTIlah orang len plak tak suka...Ini macam pun ada maaa....Kang aku tengok kat ASTRO, hah, lagilah macam-macam ada....ahaksss, melalut lagi aku nih...
Erm, apa lagi nak tulis ye...?Aku lapar sebenarnya sebab lum sarapan pagi. Ntah, bosan tul aku setiap pagi takde makanan atas meja macam dulu...Asal aku turun je kat bawah mesti nampak meja makan kemas aje... Kosong je...Hampeh tul...Tu yang aku lebih suka keluar beli nasi lemak sebungkus dan gi food court. Malas aku makan kat umah. Tapi bukan setiap hari le...Seminggu 2 kali cam tu ah... Wat apa nak kuar tetiap ari? Aku takut terserempak ngan anjing bertuan kat sebuah umah amoi je...Marah tul aku kat minah cina sorang tu...Selama ni dia tak bela anjing, tetiba je satu hari baru2 ni aku terkejut tengok dalam pagar umah dia ada 2 ekor anjing... Maaaaakkk!!!!! Takut!!!! Eh, Amoi, ko tahu tak? Selama ni jalan tu ler laluan paling selamat bagi aku nak pi kedai tau! Yang hang tetiba jer bela anjing ni apahal?Ko tak baca berita ke, kisah anjing bertuan lebih bahaya dari anjing liar, hah!!!! EEEEEE, marahnya aku!
Hehehe, garangnya aku... huhuuu... Sabar...sabar...Saja je aku nak berceloteh pagi ni... Dah keje penganggur melalut ntah apa-apa... hahahaha!!!Okla, aku nak berdebat kat forum plak nih... Isu paling hangat kat mana2 forum ialah mengenai siswazah menganggur...Hahaha, akulah salah sorang tu... huhuuu, wa cau dulu... WACHAAAAA!!
Posted at 10:12 am by ilyani
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|