|
Aduh SalihaMana rayuanku
Hendak aku sampaikan Rindu berahiku Pada kasih yang jauh....... Jauh bukan jarak dan tempat Jauh nama dan pangkat Mana penggantimu Hendak aku dakapkan Dendam asmaraku Pada cinta yang luruh Luruh bukan daun dan hujan Luruh jiwa dan badan Bertahun ku sandarkan percaya Tak mungkin terpadam cahaya Cintamu... bagai rembulan Hilang di pandangan Kala langit di lindung awan..... Aduh Mahkota terhempas Barulah ku sedar Yang ku sangkakan intan Oh........hanyalah kaca Sesudah berdarah Barulah ku sedar Jiwaku tercalar Sakitnya bukan kepalang Kau biarkan aku sendiri menderita seksa Racun hidupku Saliha Kau biarkan aku sendiri melewati sepi Dalam hidupku Saliha Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib.... Dalam gelita Saliha Lagu: M.Nasir Lirik: Loloq Penyanyi: Mawi Lirik Aduh Saliha dicipta jam 3.30 pagi Komen Loloq “LIRIK lagu ini memang kena dengan Mawi. Memang sengaja saya buatkan lirik yang masuk dengan aura dan personalitinya. Sekarang, barulah saya faham kenapa peminat terutama orang Melayu memuja Mawi. Dia memang acceptionally good. Dia buat penonton rasa cukup dekat di hati mereka. Bukan saja dari segi nyanyian tetapi juga penampilan diri. “Ilham untuk mengarang lagu ini tiba jam 3.30 pagi. Memandangkan Mawi nampak macam budak baik-baik, jadi Saliha adalah nama yang sesuai untuk melambangkan kasihnya terhadap seorang wanita. Lagu ini siap pada jam 6 pagi dan tepat jam 8 pagi, ia sedia dihantar kepada pihak Astro. “Sham Kamikaze pula membuat susunan muzik mengikut garis panduan daripada M Nasir dan saya sendiri. Untuk seorang yang bukan profesional seperti Mawi, keupayaannya membawakan lagu ini dengan baik amat saya kagumi. “Apa yang membimbangkan saya ialah pada awalnya, bukan takut dia lupa lirik tetapi mampukah dia membawa lagu itu dengan baik kerana dari segi melodi dan lirik yang agak berat, terutama bahagian terakhir pada lagu itu. Namun Mawi nyata hebat dan berjaya dengan tugasnya pada malam final tempoh hari.” INFO MENARIK |
| fire suppression system July 3, 2009 12:33 PM PDT TAK BEST LAGU TU | ||
| web design June 24, 2009 05:21 PM PDT aku boleh hafal lagu ni | ||
| malaysia seo June 20, 2009 10:59 AM PDT SAYA TAK SUKA LA | ||
| fire suppression system June 17, 2009 11:04 AM PDT SAYA PUN SUKA | ||
| malaysia web design April 30, 2009 06:50 PM PDT SAYA SUKA LAGU NI | ||
| Leave a Comment: |