Entry: Peminat Yusry-Erra menangis.... Saturday, December 17, 2005



DEGUP jantung terhenti seketika apabila Berita Harian, Rabu lalu menyiarkan tajuk muka depan - 'Pengakuan Erra, Yusry - tidak tinggal sebumbung'. Malah semua akhbar utama turut menyiarkan cerita yang sama pada muka depan.

Selepas Erra, 31, dan Yusry, 32, memberi penjelasan kepada Zubir mengenai pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini, akhirnya mereka tampil membuat pengakuan bersama, iaitu tidak lagi tinggal sebumbung, namun masih mengekalkan ikatan sebagai suami isteri dalam satu majlis minum petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pertemuan bersama rakan media itu, mereka turut ditemani Abang Long, Norman KRU yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Dia memberitahu pihaknya terpaksa membuat pengumuman penting itu supaya tidak timbul lagi spekulasi yang semakin menggerunkan, sekali gus menjelaskan status sebenar rumah tangga adik dan isterinya itu.

Namun, ingin Zubir jelaskan di sini, mereka hanya tinggal berasingan saja dan masih sah sebagai suami isteri.

Zubir terpaksa menjelaskan sekali lagi kerana maklum balas yang Zubir terima lagi menggerunkan, “Dah tak tinggal sebumbung tu, alamatnya dia orang nak bercerai.” Begitulah kata seorang pemanggil yang menghubungi Zubir.

Pun begitu, sebaik tersiarnya berita berkenaan, meja Bintang Popular dihujani panggilan telefon, meminta kami membuat pengesahan. Begitu juga dengan kiriman e-mel, rata-rata peminat sukar menerima pengakuan suami isteri itu. Di sini, Zubir akan paparkan sebahagian dari perbualan telefon dengan seorang pemanggil wanita yang amat meminati Erra dan Yusry.

“Susah saya nak terima kenyataan kalau bukan dari mulut Erra dan Yusry sendiri.

Tapi, benda dah berlaku nak buat macam mana. Walau bagaimanapun, masih ada ruang mereka memperbaiki keadaan. Saya akan sentiasa mendoakan agar rumah tangga mereka dapat diselamatkan.

“Mereka hanya mampu merancang dan berusaha, tapi keputusan akhir kita tak tahu. Seandainya mereka memilih jalan untuk berpisah sebagai penyelesaian, saya...,” kata pemanggil itu yang tidak dapat meneruskan perbualannya kerana terlalu sebak.

Zubir yakin, ramai peminat tidak mahu episod perceraian terjadi dalam sejarah rumah tangga Erra, Yusry. Justeru, sama-samalah kita berdoa, agar mereka berjaya mencapai kata sepakat dan kembali hidup bersama, aman dan damai. Kepada Erra dan Yusry, berbanyaklah bersabar kerana apa yang berlaku adalah dugaan Tuhan. Pasti ada rahmat di sebalik dugaan ini.

   2 comments

Tg Ezra Natasya Tg Zainuddin
June 24, 2006   01:42 AM PDT
 
Posted by sharifah @ 06/18/2006 07:33 PM PDT
ya saya setuju erra dan yusry bercerai because yusry lari ada mawi lah,,,,,,,
sebap erra cintakan mawi yang sekarang ini world.....................
huhuhuhu...
tak caya ke........... <---nie salah satu manusia yang dikurniakan akal tapi x digunakan kejalan yang benar lagi lurus.. semua nyer ketentuan allah.. disebalik yang berlaku ada hikmah nyer..



sharifah
June 18, 2006   07:33 PM PDT
 
ya saya setuju erra dan yusry bercerai because yusry lari ada mawi lah,,,,,,,
sebap erra cintakan mawi yang sekarang ini world.....................
huhuhuhu...
tak caya ke...........

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments